Nov 13, 2009

0

PADANG MAHSYAR


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

a. Pemimpin yang adil.

b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".

f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan

amalan yang pertama kali dihisab adalah solat
. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Nov 11, 2009

0

'dia' .......

-coretan selepas exam-

Aku bahagia di samping 'dia'.. 'dia' menemaniku selalu.. Setiap masa 'dia' bersama ku.. Betapa bertuah nya aku memiliki 'nya'..

Sepanjang perjalanan ini, hanya 'dia' yg begitu memahami ku.. Cuma dia yg selalu bersama ku.. dalam suka atau duka, 'dia' tetap di sisi.. xpernah 'dia' mencemuh kelemahan ku,xpernah 'dia' merungut kepada ku..

Bila aku kesedihan, 'dia' datang memberi kegembiraan. 'dia' sentiasa ada ketika aku perlukan.. tidak pernah sesekali aku hampa bila perlukan 'dia'..

Xsanggup aku kehilangan 'dia'.. kerana 'dia' lah teman sejati ku.. Yg sanggup berkorban apa sahaja untuk ku..hanya 'dia' ikhlas menyayangiku, lebih dari kasih sayang ku utk nya..

Aku akan menghargai 'dia', seperti mana 'dia' menghargai ku.. Walau semua itu dalam mimpiku, ku tetap terasa BAHAGIA.....

Nov 1, 2009

0

friendly vs powerful team

1st Nov : Team volleyball UTP (lelaki dan perempuan) telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan POWERFUL (tertulis kt jersi dorg) di teluk intan perak.

aku ngn teammate sampai kt situ dalam jam 10 n terus warm up coz dorg dah tggu kt situ..sambil warm up aku jeling2 jugak dorg spike.sume cm power2 ja..meletup2 kt court tu..pato r digelar powerful.team UTP biasa aje.selamber ja..kuat x kuat bantai aje..janji puas maen..

tetiba ktorg dpt satu berita sedih plak.. setter si faiz injured time warm up..haih~ cane nak maen ni.dah r sorg ni je setter yg ikut..nak x nak, kne r cari org laen..angga jd mangsa pertama kne jadi setter, sapek pon kene jugak lepas tu..set last2, Ting jd setter.sume A spiker tu..



game tu best gler kot..lawan team yg kuat..enjoy je aku maen..ade gak r kill 2 3 bola..first ball cam biase r confirm hampeh..haha..time block plak, kne hujung2 jari ja..heran btol cane la dorg lompat tggi2 cmtu..tensen gak xdpt block..

cm best r maen walaupon ktorg kalah 5-4..kalah tipis ja tu..hehe..kalo la faiz tu x injured, BOLEH MENANG KOT!!!

0

malam derita zahir ku...

saket........................!!!!!!!!!!!!!!!!

kenapa malam ni kaki aku saket sgt??
sampai xdpt melelapkan mata....padahal hari ni penat kot..huhu..dah lama x rasa saket ni..
time sembahyang pon rase kaki terketar2..tp biasa dlu2 xda la sampai xdapat tdo...saket2..

hanya TUHAN yg tahu penderitaan aku time ni..tp, aku kne sabar dan berdoa agar kesakitan ini berkurangan...sebab, aku nak turun maen esok..hehe..tak rela aku terperap ja kt bilik..

Oct 30, 2009

0

pokok kambing........

mari kita dengar satu cerita yg agak lawak tp memerlukan daya imaginasi dan penghayatan yg tinggi...

Cuba korang bayangkan, ada satu pokok yg besar dan rendang, yg mempunyai buah2 yg banyak.. Dan sekira nya buah di pokok tersebut adalah kambing, maka nama pokok itu adalah pokok kambing.

Katakanlah pokok tersebut wujud, dapatkan korang menerima kenyataan tersebut??


Kambing2 bergantungan di atas pokok bertangkaikan ekor kambing itu sendiri. kepala kambing itu berjuntaian ke bawah..Dr bawah pokok tersebut, cuba korang bayangkn ape yg korg lihat bila korg pandang ke atas.......

Semestinya, pokok tersebut bukanlah tempat yg aman utk melepak walaupun mempunyai daun yg rendang. Kambing2 tersebut akan mengembek sepanjang masa. Suasana for sure la bising giler kan. Dah la bau hamis, bising plak tu..huhu..

Bila tiba masa kenduri, ramai la yg datang ke pokok tersebut. Cube korg tanya pak mat ape dia buat kt situ.....

"apa Pak Mat buat bawah pokok kambing tu?".....

Dan dgn selamba nye die menjawab, "biasa la lusa ni nak wat kenduri...nak petik kambing2 ni sket wat gulai....dapat sekor dua pon jadi la......"

arghhhh mesti xdpt diterima jwpn tu..biasanya, nak petik kelapa..Tp kali ni dia nak petik kambing!!

Cuba korang imaging plak kalo kambing2 itu dibungkus seperti buah nangka??Di dalam guni tersebut, ada seekor kambing yg meronta2 ingin melepaskan diri??cuba korg bayangkan perasaan melihat nangka yg dibungkus dgn kain, dan kambing yg dibungkus dgn guni??cuba pk ape perbezaan melihat dua pokok tersebut??

Bila tiba musim luruh, kambing2 yg telah masak akan jatuh seperti durian..pekebun2 kambing ini perlu mengambil beberapa langkah berjaga2 supaya kambing yg luruh x lari ke kebun org laen..contoh nya, membuat pagar di sekitar pokok kambing itu..

aku tetap x dapat terima....kalo ada pokok kambing kt dunia ni, aku xtau ape akan jadi............

-idea asal : Sapek Marwan-

Oct 27, 2009

0

doa ku pada MU.....

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

_dipetik dari seorg ustazah dlm forum Halaqah_